Wednesday, March 28, 2012

welcome back nabilah...:)

hello..anneyong..wasszzup..

assalamualaikum..hello guy and girls..just currently got time to update my blog..luckily got time..but not all the time la due to my heavy schedule..now i have reorganized back my schedule..maksudnya aku tak dapat momentum yg aku nak sejak balik cuti semester ni..mungkin sebb terlalu banyak group work yg buat aku semakin tak tahan dengan lappy almost like everyday kot..

so kalau aku ada apa2 info akan di update sebanyak yg boleh..so wish me luck n hope to see you guys soon in another entry..wassalam..:)

Friday, January 13, 2012

ilmu-ilmu..mari baca..:)

assalamualaikum..:)

hello readers..sekarang nak share sumthing ni..nak share ape?
pengalaman? cerita, ataupun gossip??
pilih2...
well daripada aku post sumthing yang tak berapa bermakna pada korang skrg aku akan post sumthing yang bermakna untuk aku dan juga untuk korang yg berada kat luar sana tu...

yg ni aku amik dari fb seorg kawan...:) so credit to her...
now lets begin our class guys..

APABILA SANGKAKALA DITIUP
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
aku curik dri post Masyitah Hamidi.. hehe..

Sunday, January 1, 2012

happy new year!!...welcome 2012..bye bye 2011


assalamualaikum...
hello readerss...:)

anyways..selamat tahun baru 2012...:) may Allah bless u guys and brings a lot of happiness compared these past years..well apa perancangan korang tahun baru ni??
harap2 semuanya jadi kenyataan la ye..kalau xdapat tahun depan boleh teruskan dengan azam lama....


well aku duduk je kat shah alam..even dekat dengan i-city sekalipun aku tak de la beriya-iya sangat nak sambut tahun baru..lagipun makin tua dah aku..dah masuk 22 tahun..damnn...terasa ketuaan tu makin dekat pulak...mati apetah lagi..makin dekat je...

lagipun bila tengok apa la yang ada dengan tahun baru, bertambah tua and makin dekat dengan mati..semoga kita improve amal ibadat kita dimasa akan datang...

bercakap mengenai azam tahun baru aku ni jenis yang xnak la specifis cuma a
ku nak jadi anak,kawan,kekasih,jiran dan umat yang baik je..:) tak banyak pun...
k la tengok kat tv pun makin banyak plak cerita yang diadaptasi dari novel...ape pengarah sekarang dah takde idea ke apa nak buat karya baru??
hmmm tapi bagus juga at least penulis tu kreatif sampaikan idea dan imaginasinya dikeluarkan di televisyen mahupun wayang...good..(clap..clap..clap...)

tapi bila dah didokumentasikan kat tv atau wayang mestila tak sama macam dalam novel..ye tak..aku memang suka sangat2 even suka gila baca novel..en boyfie pun tahu kesukaan aku ni...sanggup la teman aku dating kat kedai buku..orang lain go tempat romantik aku plak kt kedai buku..well its me..tak de sapa boleh ubah kesukaan aku....:)
yeay tak sabar nak tengok cerita gemersik kalbu ni..one of my fav novel gak la....:)

can't wait to see it soon..esok je pun...:)yeepy...

kbai...(^_^)Y

Friday, December 30, 2011

my crush on 2011..:)




assalamualaikum..hello readers...:)


tajuk entry kali ni ditulis tepat jam 6.50 pm...
well tajuk ni actually aku ambil kat tweeter punye entry..well..hard to say this year is gonna be over..so azam tahun baru semestinya nak jadi lebih baik dari this year..nak capai apa yang tak tercapai this sem untuk back up plan for this year pula..
well berkenaan dengan tajuk entry ni my crush on 2011..hahaha..banyak kot...my lovely en boyfie baru je menamatkan belajar..so kerja la beliau sekarang..alhamdulilah..good to hear that..this year memang mencabar..well cuti sem yang panjang juga memperkenalkan aku dengan seseorang..ouuhh ni bukan bermaksud aku curang terhadap en boyfie..well tidak sama sekali.tak pernah terlintas..sebab rindu la kat en boyfie sebab almost 7 months tak jumpa..well bak kata kawan aku kalau ada baby pun baby dah besar da..:)

aku cuma admire sahaja terhadap lelaki tersebut..well minat as a good brother..knowingly taht guy also ada girlfriend sudah..:) nak kawen da pun..pak..pak..keboomm..kebooomm...

ohh..and another good story to share my course-mate masa sekolah teknik dulu dah menempuh alam pertunangan...alhamdulilah..tahniah to amira..moga kau bahgia disamping yang tersayang buat selamanya..:)

Sunday, December 18, 2011

back to the past..

assalamualaikum...

entry ni aku tulis pada jam tepat 3.56am...
suddenly aku terbuka message kat fb then aku terbaca msg yang aku send kpd en boyfie..

kata orang mula2 bercinta memg seronok..bukan maksud aku yang skrg xseronok..TIDAK SAMA SEKALI..means a while kalau korang dh couple more than a year mesti korang perasan tentang sifat pasangan korang bukan..terima kekurangan pasangan korang adalah yg paling bernilai dalam sesebuah hubungan..

kita terima pasangan masing2 seadanya..tanpa pertikaikan kerana mereka juga adalah manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan tak kisah la sebesar mana kesalahan..unless kalau dia mempermainkan perasaan kita of course tak nak jadi macam lembu kena cucuk hidung kan..biar je pe yang dia buat kat kita..memg kena fikir secara logic la kawan...

so in a relationship we need to give and take..but also need to be tolerate with each other...(*aku bukan pakar cinta*not sooo me*)

k tu je nak tulis..kbai...:)

Saturday, December 17, 2011

love..love..love...



a man can love million girls, but only a real man can love

one girl in a million ways.....:)

so what type of men did u prefer to?

Thursday, November 24, 2011

tak boleh tido la..aigoo



assalamualaikum...:)

hello readers..
pahal aku mcm membajet korea ni?? tetibe aigoo plak..ok no offence aku sebenarnya dh terjaga dari tidur which means that aku tak boleh tidur la..mata terkebil-kebil macam ikan da weh..

ouh..ni bukan aku yang sebenar..(i bukan nama sebenar)
mungkin seperti kucing ni la...mata dok menghadap skrin lappy xboleh nak tidur..then tetibe aku baru teringat ada keje nak kena settle by tommorow dh nak submit..demmm...terus aku terjaga and tak boleh tidur untill now disebabkan oleh kerja yang banyak..(ni la padah nya kalau buat keje last minit)..*ampun bukan salah saya cuma salah tangan ni dok tekan benda2 lagho..* demm still xnak admit kesalahan sendiri..*kasi tampar laju2*

then pabila jejari aku ni mula menekan mouse mestilah benda lain pun akan turut menyusul..blog la,fb la, tweeter la, dan sebagainya..(pahal ayat macam nak kasi tendang lelaju je ni)

aku kononnya boleh je refer buku but then disebabkan kemalasan tahap dewa jadi aku pun dok google je la word and terms yang aku tak faham..lantas setelas aku mengoogle suddenly tangan aku yang nakal lagi degil ni pun on la fb..

aku tengok makain ramai kengkawan dah menempuh alam bahagia..walaweh tetiba hasrat nak mendirikan rumah yang ada tangga pun tetibe menyerang..weh..pahal ni nak kahwin awal segala(padahal jeles)..aku pun xboleh nak salah kan jodoh kan..well hardly to say la kan..ramai kawan baik aku masa sekolah dulu nak masuk fasa kehidupan baru aku pun terasa macam kena badi nak kahwin jugala tapi xde la sedesperate yang dijangkakan..yela orang cakap kahwin tu elak maksiat but now yang dah kahwin also buat maksiat..so how??

kesucian perkahwinan tu sendiri yang buat kita rasa dah tak ada value da..
buat now aku percaya soal jodoh dan rezeki di tangan Allah..kita ni sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan semua..kalau ada jodoh mungkin jodoh kita tu datang lebih awal dari yang dijangkakan..macam membe baik aku la..aku doakan yang terbaik untuk mereka semua..:)

p/s: tetiba terfikir tak nak tunang la terus nikah je ok x? jimat duit+tak payah nak membazir sekali majlis je..:)*ok itu angan-angan je..papai..XD

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers