Thursday, November 24, 2011

tak boleh tido la..aigoo



assalamualaikum...:)

hello readers..
pahal aku mcm membajet korea ni?? tetibe aigoo plak..ok no offence aku sebenarnya dh terjaga dari tidur which means that aku tak boleh tidur la..mata terkebil-kebil macam ikan da weh..

ouh..ni bukan aku yang sebenar..(i bukan nama sebenar)
mungkin seperti kucing ni la...mata dok menghadap skrin lappy xboleh nak tidur..then tetibe aku baru teringat ada keje nak kena settle by tommorow dh nak submit..demmm...terus aku terjaga and tak boleh tidur untill now disebabkan oleh kerja yang banyak..(ni la padah nya kalau buat keje last minit)..*ampun bukan salah saya cuma salah tangan ni dok tekan benda2 lagho..* demm still xnak admit kesalahan sendiri..*kasi tampar laju2*

then pabila jejari aku ni mula menekan mouse mestilah benda lain pun akan turut menyusul..blog la,fb la, tweeter la, dan sebagainya..(pahal ayat macam nak kasi tendang lelaju je ni)

aku kononnya boleh je refer buku but then disebabkan kemalasan tahap dewa jadi aku pun dok google je la word and terms yang aku tak faham..lantas setelas aku mengoogle suddenly tangan aku yang nakal lagi degil ni pun on la fb..

aku tengok makain ramai kengkawan dah menempuh alam bahagia..walaweh tetiba hasrat nak mendirikan rumah yang ada tangga pun tetibe menyerang..weh..pahal ni nak kahwin awal segala(padahal jeles)..aku pun xboleh nak salah kan jodoh kan..well hardly to say la kan..ramai kawan baik aku masa sekolah dulu nak masuk fasa kehidupan baru aku pun terasa macam kena badi nak kahwin jugala tapi xde la sedesperate yang dijangkakan..yela orang cakap kahwin tu elak maksiat but now yang dah kahwin also buat maksiat..so how??

kesucian perkahwinan tu sendiri yang buat kita rasa dah tak ada value da..
buat now aku percaya soal jodoh dan rezeki di tangan Allah..kita ni sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan semua..kalau ada jodoh mungkin jodoh kita tu datang lebih awal dari yang dijangkakan..macam membe baik aku la..aku doakan yang terbaik untuk mereka semua..:)

p/s: tetiba terfikir tak nak tunang la terus nikah je ok x? jimat duit+tak payah nak membazir sekali majlis je..:)*ok itu angan-angan je..papai..XD

Monday, November 21, 2011

alamak demam korea la..aigoooo...!!


assalamualaikum....hello readersss...
cry cry can't you see the music...lalalalaala~~

now kerana kawan aku aku sangat addicted dengan lagu ni..aigooo...
tapi lagu ni mmg senang nak tangkap sebab catchy melody dia..mcm dalam drama korea gitu..~~ kelaaassss kau mariiaaaaa.....!!eh salah supposedly kellllaaaaaaaaaaaaaassssssssss kau naaaabiiiilllllllaahh...!!(haa..that bettter..)
now korang dengar la lagu ni ok..netw korg pun berjangkit demam korea mcm aku..haaa..jangan salahkan aku plak eh..aku dh warning awl2 tw...

aku xkn bertanggung jawab dlm segala masalah yg datang pada masa hadapan..:)

peace yoo!!
p/s: thanks kepade aten..gara2 kau aku pun addicted sama..(=.=')


Sunday, November 20, 2011

tahniah..!!!pomm..pommm..

assalamualaikum...:)

hello readersss...jumpa lagi kita dalam new entry ni...
sejak 2 menjak dan bebarapa menjak ni kan makin ramai pula orang yang berada disekeliling yang aku sayang ni menempuh alam perkahwinan dan pertunangan..
diantaranya my beloved cousin and some of my friends..

well honestly, memang aku sangat2 la jeles dengan kalian..tipu la tak rasa pape..but at the same time tak nak plak terasa semacam desperate je..well jodoh semua urusan Allah..aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk kalian..

ramai sebenarnya yang dah melangsungkan majlis tapi terlalu panjang la plak nak elaborate kt dalam entry ni nnti xmuat plak blog ni..lebih banyak merepek dari yang tak merepek..u know what i mean right..:)

ok..we'll start with my childhood friends..

ok si cantik manis ni namanya Nur Fadila binti Johari..same age with me..
kami kenal sejak sekolah rendah..nama sekolah kteorg Sekolah Kebangsaan Hicom..sama sekolah agama..Sekolah Agama Rakyat KAFA..
dulu masa sekolah kiteorg blh kata agak rapat sebabkiteorg ni sama warna rumah sukan which is KUNING=PANGLIMA..
fadila ni manis orang nya..hitam manis..suka senyum.aktif dalam sukan.:) aku ni masa sekolah dulu garang ngan bebudak lelaki dan aku ni kaki library..yeah skema seh aku dulu..tu sebab ramai lelaki agak takut dengan aku.. it was totally opposite la aku dgn fadila ni..aku masa sekolah seorg librian fadila pula seorg pengawas..wah si baju biru tue..*kat sekolah kteorg pengawas pakai baju biru*


kiteorg rapat sebab everyday kiteorg akan balik sekolah sama2..well xdela kteorg berdua je mstila ada kwn lain lagi..n kiteorg suka lawan lumba lari tpi aku ni asyik kalah ng dila..huhu sebab dila ni memg atlit sekolah kot..mana la nak tanding ngn aku ni..we just doing it for fun..n kebetulan kteorg 1 kelas..6 budi masa tu..yeah..kenangan yang manis dan xboleh nak dilupakan...

well xlama lagi dia pun bakal jadi isteri orang da..untunglaaa...tapi besar tanggungjawab ok..pape pun all the best for u dila..May Allah bless u n ur fiance for the rest of ur life..nanti dah kawen jangan lupakan aku yang single mingle lagi ni ok..XD..(ok itu ayat kasi sentap)..

ok next person will be my cousin..abang sepupu aku,aku kenal sejak dari aku kecik la...*pelik bila tanya mcm mana aku kenal abang sepupu aku..ceitt...*
aku dengan dia xde la rapat pun cuma masa kecik je aku rajin dok main dia..kira dia la jadi mangsa aku nak ajak main masak2..so bila dah besar, dah buat haluan memasing memang xrapat terus..mungkin disebabkan perbezaan umur yang ketara la banyak..almost 5 years i guess..

sorry ambil gambar tanpa izin..huhu(=.=')
nak cerita panjang2 pun aku tak ingat pun lagi pun time aku kecik plak..ABC pun xpandai 123 lagila HARAM nak kenal tu semua..well boleh kata kenangan masa kecik ni memg seronok bila diingatkan balik cuma terkilan la dah tak rapat macam dulu...wallaweh sebab aku segan kot..dia pun pemalu orang nya..handsome juga..*untungla bakal isteri*..hihi..

dorang bakal melangsungkan perkahwinan this disember..well aku doakan perkahwinan ni kekal sampai akhir hayat..aminn...

p/s: pas ni giliran sapa plak?? xsabar nak makan nasi minyak ni..:)..*tetiba terasa tua bila ramai kawan sebaya dah nak melangsungkan majlis perkahwinan,pertunangan..kena pergi beli safi rania gold la mcm ni.aiiyyooo..*(=.=')

Friday, November 18, 2011

assalamualaikum...

hari ni aku nak kongsi sikit pasal "tikam dari belakang"
maksudnya kau dikhianati oleh orang yang kau percaya sangat..korang pernah rasa sedemikian tak?

walaweh..cakap kat depan ke main baik segala belakang2 kau kutuk kan..

ape kau fikir kau tu baik sangat??*ok fine aku emo skrg*
aku marah sebab aku baru je rasa dikhianati..macam ape je rasa..rasa mcm nak belasah orang je hari ni..!!

p/s: terima kasih la aku dah tawar hati nak kawan dengan kau...sekian..

Sunday, November 13, 2011

first story book that i ever read...:)

assalamualaikum...
hello readersss...:)

hari ni aku nak tulis entri pasal the first book that i read..??
well korang mesti ada buku pertama yang korang baca kan..agak2 korang still ingat ke cerita or tajuk cerita tu..

well aku pulak buku pertama yang aku dapat adalah typical fairy tales books..well korang mesti fikir
"ala budak perempuan standard la cerita fairy tales.."
well betul la tu.nama pun budak2 mesti la suka happy ending but the truth is hidup kita ni xde la macam fairy tales pun..be a REALISTIC..nak percaya pada fairy tales pun bebudak sekarang xpecaya da..dorang ni xdapat pendedahan pasal this story telling thats why la dorang xboleh nak berimaginasi ..you know the imagination among children are a MUST..baru la otak tu berkembang..but jangan la sampai terbawa2 sampai jadi angan-angan Mat Jenin pula..hahaha..yang tu adelah DILARANG sama sekali ok..makin memburukkan keadaan.

well my first story book are BEAUTY AND THE BEAST..that is my first book yang parents aku hadiahkan untuk aku...sempena aku boleh membaca masa tadika..gila tebal buku novel tu..xde gambar pun..bosan kot nak habiskan..but thanks to them aku sangat gila novel sekarang.
aku xde la salahkan dorang pun..well benda tu la develop aku punya imagination aku terhadap benda yang diluar kotak fikiran kita..agak2 korang faham x pe yang aku cuba sampaikan ni?
harap2 faham la yea...the next favourite book aku adalah siri hardy boys and nancy drew..memang favourite aku pinjam sebab untuk mak aku...=.='
mak aku yang suruh pinjam sebab dia nak baca...XD

aku memang gila dengan siri penyiasatan masa aku sekolah rendah...memang sangat membina aku untuk jadi manusia dan dapat hadiah pembaca buku terbanyak kat sekolah..=.='..*ok tu pun sebab terbesar aku nak baca buku pun kena ada inpiration gak..macam bebudak laki kat sekolah aku dorang lepak library sebab boleh usha awek yang cun2..=.=' bagus betul inspiration dorang...
(*napela xde mamat hensem kt library mase aku kecik dulu.hahaha.)

tapi alhamdulilah la sekarang berkat didikan parents aku, aku sangat gila buku..nasib tak gila je...teehee...tik tok tik tok aku dah besar well xde la besar mana pun aku boleh dikatakan aku sangat gila kan cerita novel pula well transfer from siri penyiasatan kepada jiwang pula..weii..jiwang tu bukan aku okay!!mungkin disebabkan faktor umur yang semakin meningkat *oh noooooooo!!* konon nak mendalami pengalaman cinta dalam buku...konon jela kan..well aku xde la desperate pun seronok bila baca buku ni sebenarnya macam berada kat dunia sendiri..

and yes until now pun aku sangat suka lepak kat kedai buku..(typical skema kan)haha..(aku pun cepat tertarik kat laki yang suka lepak kat kedai buku..luckily i found one..:)
kadang2 aku boleh lepak kat kedai buku sampai berjam2 and xsedar pun masa tu berlalu..
aku rasa kat kedai buku tu macam tempat hang out aku paling favourite la..aku rasa kat kedai buku tu macam hutan yang penuh dengan pokok..*well obviuosly la buku diperbuat daripada kertas which means dari pokok juga kan..aku suka sangat lepak kat kedai buku...:D

sesapa nak ajak aku lepak boleh la ajak aku pergi kedai buku..sure xtolak punya..:).aku suka sangat bau buku baru..hihihi

p/s: sory la entri kali ni memang panjang sikit..well dah lama tak tulis panjang2 macam ni..lagipun benda menarik untuk korang..well try la hobby baru..mana tahu korang dapat ketenangan jiwa..boleh la try baca buku keagamaan..lagi kita kenal tuhan makin dekat tuhan dengan kita..kan2..:)
hidup kita bukan umpama buku,cerita nya dikarang berdasarkan imaginasi manusia.Hanya Allah yang Maha Mengetahui perjalanan hidup kita..yang penting kita berusaha dan bertawakal...wassalam semoga berjumpa lagi di entri akan datang...

Saturday, November 12, 2011

untunglaaaa....~~




assalamualaikum....
hello readerssss.... apahal tetibe byk plak huruf
kat belakanggg?? mcm gedik tak hingattt..*ok fine*

korang setuju tak yang bebudak zaman sekarang,kire anak2 aku da la..*uhukk terasa tua sebentar..kena beli safi rania gold ni..
jap..pe kne mengena plak safi rania dalam kes ni..(start merapu).oouh...kejelitaan adalah hak milik setiap insan...awww...jadi duta la pas ni..

aww...rozita che wan plak jadi penghias blog aku...XD

korang perasan x kalau korang keluar naik tren ke,*if korang naik la* or anak buah korang yang totally lebih muda la kan ada gadget lebih HEBAT dari korang...
serious wei..anak buah aku yang baru umur 2thn pun parents dia da bagi pegang blackberry..ciisss,...ada unsur jeles kat situ,..UNTUNGLA JADI BUDAK ZAMAN SEKARANG...

Ok fine when u r 10 u got ipod,blackberry,ipad, but when I'm 10 I just get happy family game cards.

walaweh...aku jeles kot..aku nak papehal kena la usaha sendiri nak dapat pakai benda alah tu semua..yang bebudak zaman sekarang minta iphone,lappy,ipod,dslr n sewaktu dengan nya mcm minta beli game kt TOY r US je kan...oohh nooooo....
p/s:harap2 nanti bila aku dah kawin n ada anak xnak la demand nk ipod,ipad,blackberry segala bagai..aku pun xpakai secanggih tu...huaaa!!

Friday, November 11, 2011

selamat kembali cuti....:(


assalamualaikum...

apasal tajuk entry aku mcm kurang best je ni..??
weiihh tak ada tajuk entry lain ke? mcm kasi sadis jiwa je..come on la bro..xgang la cuti lelama ni..xremaje...(dalam hati mcm nak bagi penampar sedas dua..)

well kepada umat Islam selamat hari raya aidiladha...selamat berkorban..*jangan terkorban sudah..*

mcam mana hari raya korban korang??
best x?..boleh la merasa duduk kampung..aku pun dah xde kampung da sejak arwah nenek and datuk aku meninggal..
ni nak cerita sikit pasal hari raya aidiladha..*source by wiki n diolah sikit oleh aku..*

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulanZulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Hari Raya Aidiladha dalam hadis

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Friday, November 4, 2011

If couples who are in love are called "love birds", then

couples who always argue should be called "angry

birds"???
...

i wonder....betul gak...:)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers